Selasa, 11 Februari 2025

PATI SAMPAI BILA BERAKHIR?

Oleh. Basron Kirwan

Kuala Lumpur.  Isu pendatang asing tanpa izin yang saban tahun dihantar pulang kenegara asal mereka bagai tidak ada penghujung, malah PATI sentiasa ada ditangkap dalam seluruh negara entah siapa membawa mereka tanpa mengira masa sehingga pihak berkuasa tidak henti memburu dan menangkap mereka.

           Bayangkan lah PATI boleh mendapat kerja dan tempat tinggal didalam negara ini sebegitu muda berbanding rakyat Malaysia yang sukar mendapat pekerjaan, ini lah delema yang menjadi tanda tanya mengapa PATI diberi peluang berkerja atau berniaga oleh warga Malaysia yang membantu mereka.

        Sikap warga Malaysia yang lebih membantu PATI berbanding warga Malaysia sendiri sangat mengeciwakan penduduk seluruh negara dimana orang sendiri susah mendapat kerja, sebaliknya PATI pula terlalu senang memperolehi pekerjaan dalam negara ini hasil bantuan orang orang tempatan diseluruh negara  ini.

        Sehingga berita ini ditulis ramai  PATI yang ditangkap pihak berkuasa seluruh negara namun anehnya tidak pernah terhenti penyusupan PATI kenegara ini, dilaporkan wujud dalang tertentu dalam negara Malaysia yang menyembunyikan kemasukan kumpulan PATI  demi kepentingan  mereka meneruskan legasi berkerja atau berniaga dinegara ini.









Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Editor
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan