Sabtu, 8 Februari 2025

MASJID PERLU DITUTUP SETIAP MASA

Oleh. Helary Sukiono

Cianjur. Umat Islam kaget melihat Babi Hutan cedera memasuki Masjid Maleber dekat sini, kejadian tersebut membawa warga kampung menangkapnya lalu membunuh dan menanamnya.

       Kejadian tersebut dilaporkan akibat perbuatan pemburu bukan Islam memburu dihutan berhampiran sehingga babi hutan rasa terancam dan mencari perlindungan, tidak siapa menduga ianya sampai memasuki Masjid Maleber Pes Gudang Kacamatan Cikelongkulon Kabupaten Cianjur membuatkan semua karpet dimusnahkan dan lantai dicuci cara Islam.

      Kru Media Terkini dimaklumkan bahawa Babi Hutan terlibat mengalami kelukaan akibat diserang anjing pemburu dihutan berhampiran, malangnya dalam usaha menyelamatkan diri termasuk pula didalam Masjid penuh kesakitan sampai menggemparkan umat Islam dikampung tersebut.

       Dengan kejadian seumpama seluruh umat Islam khususnya kawasan perkampungan yang ada Masjid atau Surau duduk agar sentiasa menutup pintu tiap hari, ianya bagi mengelak sebarang haiwan seperti Babi, Anjing dan Monyet memasuki permis berkenaan demi menjaga kesuchian Masjid mahupun Surau berkenaan.




Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Editor

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan