Sabtu, 15 Februari 2025

SARAWAK MENEMPAH KEJAYAAN

Oleh. Williem Anak Lagau

Kuching. Kerajaan Sarawak mula menempah keja
 yaan sebaik me

miliki hubungan erat dengan kerajaan pusat dalam semua aspek, malah semua kemudahan yang dipohon  mampu dilaksanakan hasil kelulusan kerajaan pusat tanpa masaalah demi kemudahan rakyat sejagat.

         Antara kejayaan Sarawak yang besar ialah bangunan pengendali minyak Petros, Menara Penyiaran TVS (milik Sarawak sendiri) dan kini Air Borneo syarikat perkapalan milik negeri Sarawak, semua kejayaan ini dikecapi  atas daya usaha kerajaan negeri bersama rakyat yang amat jelas tidak pernah bermusuhan dalam semua aspek dengan kerajaan pusat.

          Sarawak sehingga kini mempunyai parti parti dari Semananjung Malaysia seperti PKR, DAP, PAS dan PPBM kecuali Barisan Nasional masih teguh dengan kerajaan negeri dari GPS, rakyat jelata Sarawak juga setia kawan dengan mana mana parti dari Semananjung Malaysia disebabkan dipimpin orang Sarawak sendiri namun GPS terus menang dalam PRN Sarawak.

        Tidak hairan lah perjuangan kerajaan Sarawak yang didokong rakyat mereka menjalinkan hubungan baik dengan kerajaan pusat mampu memperolehi projek besar negeri masa kini, apakah lagi perolehan Sarawak yang sangat akrab dengan kerajaan pusat masa kini tanpa ada permusuhan politik dengan mana sekalipun parti diluar GPS masa kini. 

       Mampukah setiap negeri diseluruh negara Malaysia melakar  kejayaan seperti apa yang Sarawak perolehi masa kini, tiga projek mega yang dikawal selia Sarawak merupakan daya usaha kerajaan negeri sebagai kepentingan negeri dan rakyat jelata mereka.








Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan