Rabu, 5 Februari 2025

RAMAI POLITIKING HANYA KENAL ORANG BANDAR?

Oleh. Gifkir Aming

Kota Kinabalu. Gerakan orang parti politik menjelang pilihan raya dilaporkan hanya mengenali orang bandar sahaja, jauh diluar bandar golongan terlibat dilapor tidak sampai mengenali masaalah rakyat jelata.

      Ada juga kumpulan parti politik dibandar dan pekan tertentu enggan mengenali  pesara veteren kerajaan entah apa sebabnya, ini menimbulkan tanda tanya masyarakat  Sabahan mengapa  pemacu politik hanya mempamerkan diri pada masa tertentu sahaja. 

       Sebilangan orang politiking Sabahan juga dilaporkan sukar menjawab panggilan telipon jika orang orang kampung menghubungi mereka, hanya bertegur sapa dengan orang kampung atau bandar bila berjumpa dimajlis keramaian ungkap warga yang ditemui. 

       Menurut penduduk kampung yang ditemui, jika rakyat telipon sebilangan pemimpin politiking masa kini alasan diberi adalah sibuk banyak  kerja, namun tidak ada kata dua diberi bila orang kampung boleh berjumpa  dengan mereka  bagi berurusan rasmi jelas warga yang ditemui.

      Kru Media Terkini yang cuba melakukan panggilan beberapa pemimpin parti politik Sabahan menghadapi seperti apa yang orang kampung jelaskan, mala ada juga orang politiking Sabahan yang  sengaja tidak mengenali Akbar Media Terkini Sabahan walau dijelaskan Kad Akbar.

       Apapun alasan sebilangan orang politiking Sabahan perlu berubah membentuk hubungan terbaik dan mengenali rakyat, rakyat hanya mengenang orang politiking yang baik dan tidak mengeciwa orang orang kampung dalam perjuangan mereka.







Nota . Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalan akbar harian ini,  tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini  Kuala Lumpur.

        
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan