Selasa, 4 Februari 2025

ISRAEL SERBA TAK KENA

Oleh. Danny Rew

Gaza. Tentera zionis Israel serba tak kena dengan pelbagai serangan keatas Gaza dan Rafah hampir set
 iap  hari beriku

tan segala yang dilaporkan terbunuh masih hidup dan sanggup berjuang demi kemerdekaan Plastine. 

Zionis Israel seringkali mengumumkan ketua ketua pejuang Islam terbunuh dalam serangan mereka namun selang beberapa minggu sahaja pejuang terlibat tampil mengaku masih hidup, pengumuman zionis Israel bagaikan satu propaganda kekuatan mereka bertempur dengan pejuang Islam walhal  pejuam Islam yang mereka laporkan terbunuh masih sihat dan berupaya menyerang zionis Israel walau apa cara sekalipun.

        Banyak kawasan di Gaza dan Rafah sudah hancur musnah rumah, bangunan kedai, Hospital, bangunan kerajaan  namun pejuang serta orang awam masih lagi kelihatan berjalan kaki penuh semangat tiap hari, ada juga warga  Gaza dan  Rafah yang  terus menempelak zionis Israel  yang hanya pandai bercakap menghancurkan  para pejuang Islam namun mereka gagal mengesan kedudukan mereka.

      Majoriti yang musnah dinegara Islam adalah bangunan arang awam serta nyawa kanak kanak dan  golongan wanita tidak berdosa dibumi Gaza dan Rafah hampir setiap hari, namun anehnya majoriti yang menyaksikan semua kezaliman Israel hanya menonton disamping menyalahkan  mereka namun hanya sebilangan kecil sahaja bertindak mengikut hukum perundangan. 

       Apapun kekejaman zionis Israel terhadap Gaza, Rafah, Syria, Lubnan dan Iran  diharap mendapat pengadilan yang terbaik diperingkat pihak berkuasa seluruh dunia, hanya dengan pengadilan telus diperingkat seluruh dunia mampu memberi kesedaran mahupun mengenal pasti segala kesalahan yang dibuat zionis Israel sejak sekian lama.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Editor

Tiada ulasan:

Catat Ulasan