Isnin, 10 Februari 2025

DIBUANG ATAU JUAL MURAH?

Oleh. Jusupi Anak Kurdi

Asian. Konsep peniaga manakah pilihan mereka jual murah atau dibuang sebaik tidak ada pembeli akibat terlalu mahal harga jualan?.

       Kumpulan peniaga Asian mungkin saling berpandangan sesama sendiri dengan topik paparan yang kita dedahkan pada minggu ini terutama para peniaga kecil, ramai peniaga besar terpaksa membuang barang perniagaan mereka terutamq buah buahan dan sayor akibat tidak laku dan tidak bertahan lama.

        Sebilangan warga mendedahkan produk mereka sangat mahal harganya  dimana modal kecil namun dinaik berganda harga jualan kepada orang ramai,  contohnya durian  beli pada pemilik pokok RM2.00 sekilogram namun jualan RM12.00 sekilogram bagaimana pembeli tidak angkat kaki.

         Demikian juga sayor beli pada penanam RM5.00 sekilogram namun jual pada pembeli RM17.00 sekilogram, masyarakat hari ini bukan seperti masyarakat pada tahun 1969 atau 1970 tidak tahu harga dari pokok pemilik.

       Malah bila Media antara bangsa dedahkan perkara sebenar ada peniaga kecil kecilan salahkan pula Media yang mendedahkan gaya mereka mengaut untung, anehnya bila jualan bahan basah mereka tidak laku  merungut pula sambil membuang sampai ketong sampah berbanding menjual murah sedikit asal habis dijual.

       Bayangkan lah jika seminggu peniaga membuang 300 kilogram buah atau sayor dalam sebulan berapa mereka rugi dalam sesebuah kawasan, dalam satu negeri berapa tan jualan bahan basah dibuang akibat tidak laku dijual dalam pasaran pastinya para peniaga tidak menyedari kelalaian mereka.

        Ramai peniaga masa kini terpaksa menggandakan harga jualan mereka sampai tiga kali ganda dari modal sebenar tanpa disedari orang ramai, alasan mereka semua harga barang dan kos pengangkutan naik sedangkan semua alasan mereka warga asian tahu apa yang dikawal oleh setiap pemerintah.

       Berfakta dengan pendedahan ini warga Asia perlu membuka mata dengan sikap segelintir peniaga  bahan basah agar jangan muda terpedaya dan biar lah mencari peniaga yang menjual murah, namun perlu di awasi jangan sesekali membeli dengan barangan yang masuk seludup disetiap negara tanpa kawalan pemantauan dibimbangi memiliki bahan beracun.




Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Editor
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan