Ahad, 9 Februari 2025

MASAALAH DEPAN MATA NAMUN RAMAI MEMBISU

Oleh. Jusupi Anak Kurdi 

Borneo. Mengapa masih ramai kunci mulut walau masaalah berlaku didepan mata walau bertahun lama nya?, kenderaan silih berganti warga ramai yang mewah malah ada juga berpendapatan tinggi namun senyap melihat masaalah depan mata.

         Kebanyakan masaalah tersembunyi adalah isu jalan raya rosak teruk, penduduk masih ada yang jalan kaki tidak ada jalan raya, warga miskin tidak ada bantuan runah dan banyak lagi yang ketinggalan arus pembangunan.

       Kisah ini dirungkai beberapa orang asli Sabah dalam tinjauan kumpulan kru Media Terkini sekitar luar bandar negeri Sabah sejak beberapa tahun lalu, namun warga miskin Sabah yamg ditemui mengaku mereka tidak tahu saluran kemana hendak dimajukan masaalah yang dihadapi  mereka sejak sekian lama.

        Isu masaalah yang terbiar dalam Sabah seperti  jalan raya, bantuan rumah termiskin tak dapat, sungai tidak diselenggara boleh didedahkan pada umum untuk perhatian pihak berkuasa, sebaliknya ada golongan yang tahu dan manpu melakukan pendedahan berkenaan namun sengaja diam membisu memendam rasa mungkin bimbang mereka dikenali pihak tertentu. 

         Apapun masaalah mereka boleh diketengahkan secara umum demi kepentingan umum agar ianya dapat dipandang seluruh negara, keputusan ditangan warga Sabah mahu atau tidak berkerjasama seluruh negara merungkai segala kemelut yang mereka hadapi dalam mahupun diluar bandar.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Editor 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan