Ahad, 23 Februari 2025

CONTOHI PEDAGANG MURAH

Oleh. Gifkir Aming

Kuala Lumpur. Majoriti orang Malaysia bersuara jika di Kedah boleh menjual Ikan Kembung basah murah, mengapa negeri negeri lain dalam Malaysia termasuk Sarawak dan Sabah tidak boleh bersama.

       Suara ini diterima dari warga berpendapatan bulanan dibawah paras kemiskinan RM1,500.00 sebulan, mereka bersuara melihat Sungai Petani Kedah mampu menjual Ikan Kembung basah dengan kadar harga RM0.70 sen sekilogram kelmarin.

        Warga miskin tidak minta pedagang setiap hari  memberi jualan seumpama diseluruh negara namun memadai lah dua kali dalam sebulan dengan harga RM0.70 sekilogram, jauh sekali berbeza harga ikan di kota besar mahupun Sarawak dan Sabah melebihi RM10.00 sekilogram ikan kembung basah dipasar mahupun supermarket ungkap orang ramai.

       Ada juga warga miskin mengharapkan diwujudkan penjualan ikan basah termurah dikawasan luar bandar bagi berpendapatan kurang dari RM1,500.00 sebulan, ianya sangat penting berikutan langkah kanan Pasar Kuala Muda menjual Ikan Kembung cuma RM0.70 sen bagi setiap 1 kilogram tanpa membebankan semua peniaga ikan berkenaan. 

      Apapun hanya warga yang memahami makna beramal sahaja yang mengerti suara warga miskin ini meminta ehsan penjualan iklan murah berkala disetiap negeri masuklah Sarawak dan Sabah, bagi golongan yang tidak memahami erti kata beramal sudah pasti akan merasa rugi melakukan penjualan murah ikan basah walau secara berkala setiap tahun dimerata tempat jelas orang miskin.








Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Editor

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan