Sabtu, 15 Februari 2025

MOTOR SERING CEROBOH PEJALAN KAKI

Oleh. Basron Kirwan 

      Sikap penunggang Motorsikal yang hari hari menceroboh laluan para pejalan kaki demi kepentingan peribadi sangat dikesali, golongan pejalan kaki dilaluan lampu isyarat terpaksa berbaris  berhenti akibat dipenuhi deretan penunggang Motorsikal yang sepatutnya menggunakan laluan diatas jalan raya. 
 

        Kegiatan seumpama telah berlaku sejak sekian lama namun tidak ada saluran hendak mendedahkan sebagai tatapan umum, malah para pejalan kaki yang terhalang dengan para penunggang Motorsikal terpaksa menunggu lama dilaluan pejalan kaki.

       Anehnya majoriti penunggang motorsikal yang menggunakan laluan pejalan kaki adalah lelaki golongan muda sahaja, mereka sanggup berbaris sampai menutup laluan pejalan kaki yang mahu menyeberang lampu isyarat sangat membebankan lapor pejalan kaki. 

       Sehubungan dengan pendedahan ini warga pejalan kaki menyeberangi lampu isyarat perlu dibantu pihak berkuasa seluruh negara khususnya Sabah, ianya penting bagi keselamatan nyawa para pejalan kaki disetiap lorong menyeberangi laluan lampu isyarat yang terhalang para penunggang motorsikal setiap masa.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan