Rabu, 26 Februari 2025

LAMBAKAN RUMAH SERUPA

Oleh. Koijul Hairol

Kuala Lumpur. Isu rumah usang seumpama masih melambak diseluruh negara termasuk lah Sabah dan Sarawak sehingga tahun 2025 ini lapor pembaca Media Terkini Borneo hari ini.

      Rumah dhaif seumpama bukan sahaja ada di Rembau malah kawasan pendalaman Sabah juga boleh dikunjungi bagi melihat keadaan rumah warga kampung, perbezaan nya adalah tidak ada yang tampil mendedahkan situasi perumahan orang kampung diluar bandar negeri Sabah lapor pembaca akbar ini. 

      Menurut warga pembaca akbar ini dipendalaman Sabah, masih ada lagi rumah yang lebih teruk dari rumah ini (gambar) menjadi kediaman penduduk asli Sabahan, situasi nya perlu tinjauan diperkampungan terpencil seperti daerah Tambunan, Keningau, Pensiangan, Kota Merudu, Pitas, Tenom dan seluruh Sabah ujar mereka.

         Dengan paparan ini kerajaan pusat perlu turun padang bagi melakukan tinjauan warga kampung bukan sahaja Semananjung Malaysia, malah perlu merangkumi tinjauan terperinci setiap perkampungan terpencil seluruh Sabah dan Sarawak agar melihat sendiri rumah orang kampung sebenar ungkap mereka.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan