Wacana Sepanggar. Parlimen Sepanggar memiliki tiga kerusi Dewan Undangan Negeri dan bakal berentap dalam pilihan raya negeri sebelum penghujung tahun 2025.
Semua kerusi Dun dalam kawasan parlimen Sepanggar memiliki parti politik terbanyak yang sudah mula membuka cerita kepada pengundi bakal bertanding menjadi bakal wakil rakyat jika dipilih, ada yang sudah membentuk gabungan beberapa parti malah ada yang masing masing bersendirian parti bergerak solo bagi merebut kerusi Dun dalam kawasan parlimen tersebut.
Majoriti rakyat disetiap Dun yang ditemui mengaku keliru dengan perjuangan parti yang terlalu banyak menawarkan diri bertanding dalam pilihan raya negeri akan datang, ianya berpunca dengan kedatangan mereka yang mengejut lima tahun sekali baru masing masing memberi tutur bicara yang panjang segala halatuju perjuangan mereka pada rakyat pengundi.
Semua bicara politik mereka sememangnya menarik bagi rakyat jelata namun hanya sekali dalam lima tahun berbicara seumpama bagi menarik perhatian pengundi, anehnya selepas lima tahun kebanyakan pemimpin parti politik yang membicarakan dasar perjuangan mereka pada rakyat setempat hilang entah kemana sehingga telipon tidak berjawab.
Ini lah cabaran rakyat pengundi bagi tiga dun iaitu Dun Inanam, Dun Darau dan Dun Kerambunai yang kini dilaporkan rancak semua parti politik bergerak mendekati rakyat jelata setempat, beberapa pengundi dalam tiga Dun kawasan tersebut juga mendedahkan pemimpin parti politik yang menemui rakyat semuanya merancang menukar pemimpin yang ada demi perubahan ujar mereka.
Ketika ditanya kru Media Terkini sebilangan pengundi bagi tiga kawasan Dun tersebut mereka akan memilih yang benar berkerja sepanjang masa kepada warga miskin dan orang susah, jika sekadar bercakap lima tahun sekali tunggu lah warga pengundi yang turun mengadili mereka masa keluar mengundi nanti supaya mereka sedar pengundi tidak suka janji manis sekali lima tahun.
Akbar Media Terkini harian Malaysia yang cuba menghubungi beberapa pemimpin parti politik dalam tiga Dun tersebut keciwa memandangkan tidak memberi sebarang jawapan, malah ada yang menitip pesanan nanti kami hubungi namun entah sampai bila pemimpin terlibat mahu menemui akbar ini atau menunggu sampai Dun Sabah bubar baru mahu mencari penyiaran.
Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Editor
Tiada ulasan:
Catat Ulasan