Oleh. Basron KirwanSabah. Sejauh manakah persediaan rakyat Sabah memilih parti politik yang mampu memimpin kerajaan Sabah penuh bertanggongjawab dan prihatin semua kaum?.
Malah parti manakah yang memiliki hubungan erat dengan kerajaan pusat Madani tanpa wujud perbezaan kefahaman politik masa kini, semua ini perlu diteliti semua warga Sabah bagi memilih peneraju pemimpin kerajaan Sabah selepas pilihan raya negeri pada penghujung tahun 2025.
Parti Gabungan Rakyat Sabah masa kini melibatkan, Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS), PBS, USNO, SAPP, LDP, STAR, Parti Harapan Rakyat Sabah (PHRS) dan Parti Cinta Sabah (PCS), manakala BN Sabah dianggotai oleh UMNO, MIC, MCA dan PBRS, bagi Pakatan Harapan dianggotai PKR, DAP, AMANAH dan UPKO dijangka berdepan dengan Parti Warisan dan Parti KDM serta dari gabungan PN Bersatu, PAS dan GERAKAN menunggu PRN Sabah.
Selain dari itu ada juga parti parti lain bersendirian di Sabah aktif dilaman sosial FB dan watsap group mahu serta dalam PRN akan datang, antaranya PIS, SEDAR, Parti Bangsa Malaysia (Sarawak) serta PAN dan mungkin akan ada lagi parti lain bakal muncul sebaik Dun Sabah dibubarkan.
Dalam perkembangan parti politik Sabahan yang bertekad mahu menyertai PRN tahun 2025 ini, kebanyakan rakyat Sabah masih menghitung siapa kah pilihan mereka jika sampai dipusat pengundian kelak atau mengimbas siapa pernah bantu mereka.
Bagi pengundi jauh diluar bandar semua parti politik harus ingat selama 5 tahun lalu berapa kali pemimpin parti anda pernah menjenguk orang orang kampung?, malah adakah pemimpin parti anda pernah menghargai golongan para penulis veteran yang mengundi disetiap 73 kerusi Dun Sabah masa kini pasti soalan ini akan dijawab mereka masa mengundi kelak.
Media Terkini melihat jumlah parti politik yang ada di Sabah dan sudah mengumumkan bakal bertanding dalam PRN tahun ini terlalu banyak, mampu kah mereka membentuk permaufakatan dalam PRN atau bakal berlawanan dalam perebutan kerusi tentunya keputusan ditangan para pengundi dan bukan ditangan para calon yang bertanding.
Masih panjang masa lagi para pemimpin parti politik yang berhasrat mahu bertanding untuk turun padang menemui pengundi luar bandar, para penulis veteran Sabah juga sentiasa memerhati gerak langkah para pemimpin parti politik Sabah sejauh mana mereka mengingati orang veteran dalam politik mereka.
Media Terkini yakin pengundi Sabah matang memilih calon parti yang bertanding kelak berapa banyak kerja mereka menemui rakyat jelata sepanjang 5 tahun lepas, jika rakyat pengundi di 73 Dun Sabah mengukur semua kerjaya calon yang parti mereka pilih masa keluar mengundi kelak pastinya ramai dijangka menemui kekalahan teruk sekali.
Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang