Jumaat, 24 Jun 2022

UMNO PERLU PERKASA BN DIAKAR UMBI 

Oleh. Koijul Hairul 

Kuala Lumpur. Amanat Datuk Sri Dr. Ahmad Zahid Hamidi Presiden UMNO bagi mendepani PRU kali ke 15 akan datang perlu diterjemah memperkasa jentera BN diperingkat akar umbi bagi memperolehi sokongan penuh semua lapisan rakyat berdaftar sebagai pemilih.

Semua negeri yang ditawan barisan parti pembangkang pada pilihan raya parlimen lalu perlu diambil kira seluruh jentera gerak gempur UMNO dan BN amnya jika bertekad mahu mengembalikan sokongan seluruh pengundi bagi PRU ke 15 akan datang.

Menurut pemerhati politik yang ditemui, BN masa kini hanya disertai oleh UMNO, MCA, MIC dan PBRS dengan disokong oleh Gabungan Parti Sarawak sehingga masih kekal hingga masa kini tanpa berlaku sebarang perbelahan dalam kerajaan masa kini.

Satu perkara yang perlu disedari oleh kepimpinan UMNO dan BN amnya betapa sukar menyelami hati para pengundi bagi negeri Sabah yang terlalu banyak pecahan parti politik masa kini, PPBM yang menerajui GABUNGAN RAKYAT SABAH (GRS) bakal mendepani Pakatan Harapan, Parti Warisan Sabah dalam PRU ke 15 kelak. 

UMNO Sabah yang telah memiliki Kuasa Outonomi dalam parti Sabahan dilaporkan masih mampu memberi keyakinan penuh pada rakyat keseluruhan dengan gerak kerja gempur sepenuhnya. 

GRS yang diterajui PPBM masa kini masih berpusat penuh di Semananjung Malaysia dilaporkan belum memperolehi sijil kuasa outonomi politik Sabahan dari pusat sehingga hari ini  dan berbeza dengan UMNO Sabah ujar penyokong UMNO yang ditemui.

Dalam konteks mendepani pru ke 15 semua parti yang berjuang memperolehi sokongan rakyat masih terbuka luas termasuklah kumpulan parti pembangkang, namun semua impian mahu menang perlu dilakukan kerja berganda sehingga keakar umbi terutama menemui semua rakyat yang berdaftar sebagai pengundi.







Nota. Dilarang membuat ulasan berita, mencetak amnya memuat turun berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang 


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan