Oleh. Williem Anak Lagau
Keningau. Percaturan pru ke 15 akan datang panas berikutan tiga kerusi parlimen pendalaman menjadi rebutan melibatkan Parlimen Pensiangan, Parlimen Tenom dan Parlimen Keningau.
Parlimen Pensiangan masa kini dikuasai PBRS dari Barisan Nasional, Parlimen Tenom pula dikuasai oleh Parti DAP dari Pakatan Harapan dan Parlimen Keningau dikuasai oleh STAR dari GRS masa kini masing masing dilaporkan berusaha mempertahankan kerusi tersebut dalam pru ke 15 yang bakal menjelang tiba.
Menurut penduduk Keningau, Tenom dan Pensiangan semua parti politik masa kini sudah mula bergerak mendampingi rakyat jelata bagi menerangkan perjuangan mereka pada pru ke 15 akan datang.
Antara yang dilapor bergerak cergas mendampingi rakyat adalah Parti Warisan Sabah sangat aktif bersama rakyat dikawasan Dun Sook namun sukar mendapat maklumat terperinci dari pemimpin kanan parti tersebut didalam ketiga tiga parlimen tersebut.
Nota. Dilarang membuat ulasan berita, mencetak amnya memuat turun berita serta memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan