Oleh. Jaitos Dumiri
Sabah. Sebilangan masyarakat asli dalam negeri ini unik memandangkan ramai bercakap isu WARGA ASING membanjiri tanah air mereka namun jika orang asing berniaga mereka juga bagi sokongan sebagai pembeli tetap walau setiap hari pekerja asing menjadi peniaga pelbagai jenis.
Sikap ini menggalak pekerja asing membanjiri seluruh negeri Sabah sebenarnya bukan sahaja mendapat gaji berkerja dengan majikan malah hari hari keluar berniaga sejam dua dengan pendapatan lumayan membuatkan bumi Sabah terus dipenuhi orang asing tidak termasuk Pendatang Tanpa Izin yang dilaporkan berada di Sabah tegas beberapa aktivis masyarakat Sabah yang ditemui.
Kru Media Terkini yang meninjau beberapa daerah dalam Sabah terkejut ada penduduk asli Sabah tidak kenal Pekerja Asing menjadi peniaga sambilan dikeliling mereka, namun golongan terlibat dilaporkan jika bercakap nombor satu anti kepada Pekerja Asing termasuklah Pendatang Tanpa Izin umpama cakap tidak serupa buat.
Pekerja Asing dan Pendatang Tanpa Izin dilaporkan berniaga gelap sembunyi seperti jual ROKOK SELUDUP, SAYOR SAYORAN, IKAN KERING, BUAH BUAHAN, JAM TANGAN, CERMIN MATA TIRUAN, TALI PINGGANG TIRUAN, BAJU T.SHIRT TIRUAN dan banyak lagi dengan bergerak cara sembunyi menghantar pada orang asal negeri ini yang melanggani mereka.
Apapun pendedahan ini sekadar memperingatkan punca utama mengapa PEKERJA ASING DAN PATI tidak boleh dibendung sepenuhnya dalam negeri ini, siang malam operasi dibuat oleh pihak berkuasa namun hutan belakang rumah segelintir orang tempatan negeri ini menjadi lubuk perlindungan golongan yang diburu pihak berkuasa tanpa ramai orang asli negeri membuka mulut membongkar perkara seumpama akibat ada kepentingan mereka sendiri tegas aktivis masyarakat Sabah.
HIDUP DIRANTAU PERLU TABAH
Tiada ulasan:
Catat Ulasan