Isnin, 27 Jun 2022

Berita Terkini

Oleh. Norafzah Dollah

MINUMAN HARGA EMAS 

Sabah. Pelawat datang ke negeri ini perlu bijak berfikir dan memilih kedai harga patut agar tidak menjadi mangsa peniaga rakus mengaut untuk diluar jangka. 

Dalam penyamaran kru MT baru baru ini di Kota Kinabalu ada kedai menjual Teh O panas dengan harga RM3.50 sen entah mengapa sampai harga seperti itu air panas dan teh kosong sahaja.

Kerajaan Sabah perlu melakukan pemantauan lebih kerap disetiap kedai kopi dan restoran agar  tidak berlaku harga seumpama setiap masa demi mengurangkan bebanan rakyat bergaji RM1,500 sebulan.

Sebilangan peniaga dinegeri Sabah terlalu mengaut keuntungan dalam perniagaan mereka menyebabkan rakyat jelata asyik menyalahkan kerajaan masa kini walhal pelbagai subsidi diberikan kerajaan namun segelintir peniaga taksub menaik harga semua jualan mereka.

Menurut sumber maklumat orang asli Sabahan, kebiasaan kenaikan harga tinggi berlaku dikalangan peniaga tidak bertimbangrasa malah langsung tidak menghiraukan segala saranan kerajaan tidak menaik harga jualan mereka.







Nota. Dilarang membuat ulasan berita, mencetak amnya memuat turun berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan