Selasa, 28 Jun 2022

DELEMA SABAH PRU 15 ? 

Oleh. Jopis Anak Lagau

Sabah. Cabaran negeri ini mendepani pru ke 15 cukup getir jika kurang rangka perancangan permaufakatan semua parti politik yang berhasrat merebut sebanyak 25 kerusi parlimen kelak. 

Percaturan parti politik Sabah masa kini adalah pembentukan satu lagi gabungan mirip Barisan Nasional yang disebut Gabungan Rakyat Sabah bersama PPBM, USNO, KDM, SAPP, STAR manakala BN yang diteraju oleh UMNO, MCA, PBRS dan MIC bakal bertembung dengan Pakatan Harapan dari PKR, AMANAH, DAP, UPKO dan dilaporkan Warisan Sabah mungkin akan bertanding sendirian jika tidak ada sebarang parti mahu berkerjasama dengan mereka menjelang pru ke 15 kelak. 

Umno yang bersama dengan PBRS, MIC, MCA dilaporkan tidak menghadapi masaalah bagi mendapat sokongan rakyat yang telah lama mengenali BN jika berlaku pru 15 dalam masa terdekat namun perlu digerak seluruh akar umbi bagi menemui seluruh rakyat dengan fakta maklumat tepat situasi  isu kenaikan harga barang makanan meningkat dalam negeri Sabah.

Majoriti rakyat dilapor marah kenaikan mendadak harga barang makanan masa kini namun tidak ada gerakan menjelaskan fakta sebenar isu tersebut menyebabkan kerajaan juga yang dipersalahkan walaupun terdapat peniaga yang manipulasi harga segelintir barangan mereka lapor warga tempatan yang ditemui.







Nota. Dilarang membuat ulasan berita, mencetak amnya memuat turun berita dan memuat iklan niaga didalam  akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan