Jumaat, 10 Jun 2022

PENOREH GETAH MINTA HARGA NAIK  

Oleh. Gifkir Aming 

Sabah. Kerajaan Persekutuan perlu menaik kadar harga getah dari RM3.00 sekilogran kepada RM5.50 sekilogram secepat  yang boleh 


 bagi membantu sebilangan penoreh getah miskin berikutan kenaikan harga barang makan sejak beberapa bulan lepas. 

Selain harga barang makan yang melambung tinggi kenaikan harga, semua harga barangan lain juga mendadak kenaikan nya sehingga golongan penoreh getah miskin terbeban menjalani kehidupan setiap hari. 

Dalam situasi penoreh getah miskin berdepan kesempitan hidup akibat harga pelbagaj jenis barangan makanan naik mendadak harganya, tidak nampak suara berusaha mendesak kerajaan Persekutuan menaik harga getah bagi seluruh negeri Sabah agar pendapatan mereka meningkat dari masa kini dan masa hadapan amnya.

Ini disuarakan Molubi Bungkalou aktivis masyarakat Kg. Kitapol Kiulu sebagai usaha memperbaiki sumber pendapatan golongan penoreh getah miskin dengan kenaikan harga mendadak semua barang makanan masa kini, majoriti pemimpin kerajaan persekutuan berkebolehan mentabdir negara namun tidak mungkin mereka rela melihat rakyat penoreh getah miskin terus hidup kais pagi makan pagi kais petang makan petang ujar beliau. 

Dalam tinjauan media terkini, ramai pekebun getah merungut sendiri dengan kejatuhan  harga getah namun golongan terlibat terus berdiam diri tanpa sebarang suara mereka.









Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan mencetak amnya memuat turun berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Medi Terkini Kuala Lumpur. Pengarang 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan