Rabu, 22 Jun 2022

BILA SABAH MANSUHKAN PELITUP MUKA? 

Oleh. Gason  Dumiri 

Pihak berkuasa dalam negeri Sabah perlu menjelaskan sejak bila pemakaian pelitup muka bagi menutup hidung dan mulut telah dimansuhkan dalam kawasan sesak tempat awam. 

Malah semua tempat orang ramai bersesak seperti perhentian Bus tidak lagi  menggunakan pelitup muka bagi menutup Hidung dan Mulut khususnya generasi muda mudi bagai mereka sangat kebal dengan covid 19.

Negara negara maju telah beratus ribu terkorban dengan covid 19 walau pelbagai vaksin diperkenalkan bagi menyuntik setiap rakyat jelatanya namun masih tak henti kematian serangan covid 19.

Kerajaan pusat masih mengumumkan keperluan pemakaian pelitup muka bagi menutup hidung dan mulut ditempat tumpuan orang ramai, sebaliknya dalam Sabah tidak lagi memakai penutup hidung dan mulut  walaupun covid 19 masih ramai menjadi korban diseluruh negara ini lapor orang ramai yang ditemui.

Sehubungan dengan pendedahan ini kerajaan Sabah perlu mengkaji semula keperluan memakai pelitup muka bagi menutup hidung dan mulut ditempat tumpuan orang ramai seperti perhentian Bus agar covid 19 tidak berjangkit dengan pantasnya dalam negeri  ini.







Nota. Dilarang membuat ulasan berita, mencetak amnya memuat turun berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan