0leh. Jopis Anak Lagau
Kuala Lumpur. Barisan Nasional perlu berkerja keras sehingga keakar umbi bagi memberi penerangan semua lapisan masyarakat sehingga mereka mampu menerima perjuangan kita baru mereka memberi undi pada pilihan raya kali ke 15 akan datang.
Kita tidak boleh duduk berdiam diri lagi memandangkan pengalaman pada PRU ke 14 lalu harus dijadikan teladan, kemenangan tidak akan diperolehi dengan muda malah kejayaan undi tidak akan datang bergolek selagi kita tidak mampu memberi keyakinan pengundi sampai mereka menyuakai dan memahami matlamat perjuangan BN.
Antara amanat Dato' Seri Utama Mohamad Haji Hassan Timbalan Presiden Umno merangkap Timbalan Pengurusi BN sebagai wadah persediaan seluruh jentera BN bagi menghadapi pilihan raya kali ke 15 akan datang.
Jentera BN harus bersedia bagi menjawab tepat segala hujah hujah parti parti lawan agar semua pengundi didalam negara mampu mempercayai kita berbanding hujah hujah pemimpin parti lawan jika mahu kita menang besar pada pilihan raya parlimen akan datang ujar beliau.
Mampukah seluruh jentera bawahan BN melaksanakan amanat pemimpin nombor dua mereka sehingga keseluruh pengundi tanah Melayu sehingga ke negeri Sabah?, masih terlalu sukar untuk diramal memandangkan amanat tersebut terlalu besar skop nya apa tak lagi mendepani jentera parti lawan bukan senang untuk ditentang dalam masa yang singkat.
Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan mencetak amnya memuat turun berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan