Rabu, 8 Jun 2022

GERAK GEMPUR PBS TAWAN PEMIMPIN PARTI LAWAN 

Oleh. Williem Anak Lagau 

Bengkoka. Kerja berterusan gerak gempur kepimpinan PBS Bahagian N. 2 Bengkoka tanpa henti mendampingi semua lapisan masyarakat khususnya dikalangan pemimpin parti Warisan, pemimpin parti UPKO 

dan pemimpin parti Bersatu setempat berjaya meraih sokongan iklas sebaik mereka menyerahkan borang permohonan menjadi ahli parti PBS Bengkoka pada 5 June 2022 di Dewan Komuniti Kg. Pias Kanibungan Dun Bengkoka dekat sini.

Antara yang menyertai dan menyerah borang keahlian PBS 

ialah En. Sungkim Rumangun Mantan Pegawai Daerah Tenom, En. Martin Makunjim Mantan Pegawai Pembangunan Masyarakat (CDO) era kerajaan Warisan, En. Masikun Magetal Mantan Pegawai Pembangunan Masyarakat kerajaan yang lalu, En. Jonis Rumijan Mantan Naib Ketua Bahagian UPKO Kudat, En. Mair Mari Mantan Ketua PPBM Cawangan Mangkapon Laut, En. 
Mardin Long Mantan Ketua Cawangan Mangkapon Laut yang yakin bahawa PBS setempat mampu memperkasa perjuangan demi masyarakat Dun Bengkoka didalam kerajaan negeri dan persekutuan dimasa akan datang.

Turut hadir dalam majlis penyerahan borang keahlian parti PBS tersebut ialah, Ketua Exco Pergerakan 
Pemuda PBS Pusat Christopher Mandut, Dr. Samuil Mopun Ketua Bahagian PBS N. 2 Bengkoka merangkap AMT Pusat, En. Awang Okik Ketua Bahagian PBS N. 3 Pitas merangkap AMT Pusat, YB. Hendrus Anding  ADUN Tandek serta Pembantu Menteri Pertanian Dan Perikanan Sabah Merangkap Timbalan Setiausaha Agung PBS Pusat,  En. Masikal 
Rumunji Timbalan Ketua Bahagian PBS N. 2 Bengkoka merangkap Pengurusi Penganjur program tersebut, Puan Juliana Dodong Ketua Pergerakan Wanita PBS  N. 2 Bengkoka, Renold Saimun Ketua Pergerakan Pemuda PBS N. 2 Bengkoka serta semua AJK PBS Bahagian 
N.2 Bengkoka serta sebilangan besar penduduk Kampung berhampiran.  

Menurut  penduduk 

sekitar Dun Be gkoka  jika gerak gempur kepimpinan PBS setempat terus diperkasakan tanpa henti mereka yakin lagi banyak pemimpin parti lawan setempat akan terus menyertai perjuangan PBS sebelum pilihan raya kali ke 15 akan datang. 










Nota. Dilarang membuat ulasan berita, mencetak amnya memuat turun berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan