Oleh. Jopis Anak Lagau
Kota Kinabalu. Sebilangan pemandu Bus Mini terus menguasai Bus Stop seluruh kawasan Kota Kinabalu sehingga taman sri Rugading tanpa memberi ruang orang lain memasukinya jika bukan etnik dan kroni mereka sedangkan bus stop berkenaan dibina oleh kerajaan negeri untuk semua orang, bayangkan sikap segelintir pemandu bus mini yang terlalu biadap menganggap perhentian bus sepanjang jalan Kota Kinabalu hingga ke Rugading dijadikan hak milik golongan tertentu dengan memarahi penumpang dan pemandu bus mini yang lain jika penumpang memilih mereka.
Perbuatan segelintir pemandu bus mini yang mahu menguasai setiap perhentian bus mini dan bus besar perlu dipantau kerajaan Sabah demi kebebasan semua penumpang yang berhak memilih bus mini yang berdisiplin, bersopan santun, dan sentiasa menghormati penumpang yang memberi mereka wang setiap hari.
Kebanyakan pemandu bus mini yang mengawal semua perhentian bus sepanjang Jalan Kota Kinabalu hingga ke Rugading langsung tidak memiliki disiplin dan tatasusila terhadap orang ramai yang mahu memilih bus mini berdisiplin dan bersopan santun malah orang ramai yang memilih bus untuk dinaiki dimarahi golongan yang mahu menguasai perhentian bus sepanjang jalan tersebut ujar pengguna yang ditemui.
Dalam kes seumpama, kerajaan Sabah perlu menggerak pihak petugas berkuasa tempatan bagi menghalang kumpulan yang berlagak samseng mahu menguasai semua perhentian bus agar tidak berlaku pertengkaran sesama pemandu dan semua penumpang yang mahukan kebebasan memilih bus mini yang mereka sukai.
JPJ DAN LPKP disamping Polis Lalu Lintas diminta rakyat mempertingkatkan kawalan setiap Perhentian Bus sepanjang laluan Kota Kinabalu, Likas, Inanam, Menggatal, Telipok serta Rugading demi mengelak penguasaan Perhentian Bus dan pertengkaran pemandu dan segenap penumpang orang asli Sabahan setiap masa ujar pengguna pengangkutan awam Kota Kinabalu hari ini.
Nota. Dilarang membuat ulasan berita, mencetak amnya memuat turun berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan