PETAI HARGA EMAS
Parlimen Tuaran. Jika ada pelancong luar negeri berjalan membeli belah di Tamu Tampaluri, pasti anda akan terkejut melihat harga buah Petai bernilai FM10.00 satu ikat bagi saiz yang terkecil dan pendek tanpa ada tanda harga dipamerkan.
Semasa tinjauan dibuat penjual terlibat agak terkedu bila ditanya Petai terlibat berasal dari mana dan mengapa tidak dilekat harga bagi memastikan harga sebenar sebelum orang datang membeli namun penjual terlibat enggan memberitahu.
Isu kenaikan harga barang di kawasan Tampaluri dan Parlimen Tuaran dilaporkan berlaku akibat 3 ke 4 kali dijual, pemborong ambil pertama dari pemilik asal dan jual orang ketiga baru orang ketiga jual ditamu sehingga melambung tinggi harganya.
Dalam konteks ini adakah perlu salahkan kerajaan juga sehingga dijadikan isu politik pihak tertentu bagi meraih sokongan rakyat politik mereka yang tidak pernah meninjau sebenar kenaikan sebilangan harga barangan masa kini.
Renung renungkan punca sebenar kenaikan harga barangan masa kini sebelum menyalahkan kerajaan seperi PETAI pemilik pokok jual RM5.00 seikat, pemborong jual RM7.00 seikat orang ketiga jual RM8.50 seikat dan penjaja tamu jual RM10.00 seikat ini lah kaji selidik paparazi Media Terkini Borneo.
Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan mencetak amnya memuat turun berita, memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan