Khamis, 30 Jun 2022

Berita Ringkas 

PEMINTA SEDEKAH TIDAK TERKAWAL 

Oleh. Jasly Dollah 

Sabah. Penduduk dalam negeri ini hairan melihat peminta sedekah  sudah tidak terkawal bagi pusat bandaraya Kota Kinabalu sejak beberapa bulan lepas.

Peminta sedekah berkenaan sangat berani memaksa  meminta wang pada setiap orang yang melintasi mereka

bosan dan marah langsung tidak ada tidak ada sebarang tindakan dari pihak kerajaan Sabah lapor orang yang menemui media terkini.

Peminta sedekah ini terdiri dari lelaki, wanita dan kanak kanak yang sentiasa berkeliaran diseluruh bandaraya Kota Kinabalu dan sekitar berhampiran tanpa takut dengan sesiapapun yang melihat mereka. 

Menurut wargakota yang ditemui beberapa minggu lalu, peminta sedekah ini juga bagai ada sahaja mengawasi mereka dari jauh terutama bila yang ada merakam gambar atau tidak memberi wang pada mereka (peminta sedekah) pasti ada yang mengekori dari jauh tegas warga kota penuh geram.

Sehubungan dengan pendedahan ini wargakota meminta semua pihak berkuasa dalam Sabah khususnya Kota Kinabalu agar menggandakan pemantauan rondaan setiap hari agar peminta sedekah terbanyak ini meninggalkan seluruh Kota Kinabalu dan sekitar sepanjang masa tegas mereka. 












Nota. Dilarang membuat ulasan berita, mencetak amnya memuat turun berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan