Rabu, 15 Jun 2022

BN SIAPA CALON PARLIMEN RANAU? 

Oleh. Jasly Dollah 

Bahang pilihan raya kali ke 15 sudah terasa bagi negeri Sabah namun Parlimen Ranau masih teka teki dikalangan rakyat jelata  setempat siapakah BN letak calon bagi menentang parti pembangkang dikawasan tersebut. 

Parlimen Ranau dilaporkan majoriti kaum etnik dusun bercampur sedikit suku kaum lain namun BN tewas dalam pilihan raya kali ke 14 yang lalu ditangan Pakatan Harapan, mampu kah BN menebus kekalahan mereka pada pru kali ke 15 ini menerusi kaedah pemimpin muka baharu dari UMNO atau PBRS yang menjadi anggota BN bersama MCA dan MIC masih terlalu awal untuk diperkatakan ujar warga Ranau yang ditemui.

Kru Media Terkini cuba menjejaki beberapa ahli parti politik BN bagi kawasan tersebut namun gagal berikutan gagal mendapat  kerjasama bagi menjawab beberapa pertanyaan yang dikemukakan pada mereka. 

Persoalan nya masa kini BN Ranau yang diwakili UMNO, PBRS, MCA adakah memperolehi kerjasama dikalangan PBS, SAPP, STAR bagi memperkuatkan calon mereka pada pru ke 15 akan datang? terlalu awal bagi membuat ramalan ini dimana kemungkinan GRS diramal meletak calon dari BERSATU juga mendepani Pakatan Harapan dalam pilihan raya tersebut.






Nota. Dilarang membuat ulasan berita, mencetak amnya memuat turun berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan