Khamis, 23 Jun 2022

APA KUASA MEREKA ? 

Oleh. Williem Anak Lagau

Ramai pesara pasukan keselamatan Sabah mempersoalkan kuasa PEMANDU BUS MINI Pantai Barat Kota Kinabalu yang sesuka hati menguasai Semua Perhentian Bus bagai milik persendirian mereka setiap hari tanpa memberi ruang Penumpang Memilih Bus Pengangkutan Berhemah, Berdisiplin, 


Bersopan Santun dan menghormati semua penumpang yang beri mereka reziki tiap detik.

Sebaliknya ramai pemandu Bus Mini diseluruh daerah Kota Kinabalu dilaporkan biadap, berkasar dengan penumpang disamping menganggap semua perhentian Bus Mini itu hak persendirian mereka dengan meletak deretan Bus Mini kroni mereka sepanjang masa sehingga bus mini bukan kroni dimarahi jika penumpang menahan bus mini yang mereka sukai jelas bekas pasukan keselamatan yang ditemui dekat sini.

Menurut mereka lagi, loghat bahasa pemandu yang bongkak sombong dan gemar cari gaduh bagai mencemar bahasa Melayu dengan mencampur aduk melayu asing dalam pertuturan mereka setiap hari dan amat memalukan bahasa Melayu Malaysia ujar mereka.

Bekas bekas pesara keselamatan mengajak orang asli Sabah dan Malaysia amnya bersatu hati memboikot pemandu bus mini yang bongkak, sombong, tidak berdisiplin terhadap masyarakat pengguna sepanjang masa.









 





Nota. Dilarang membuat ulasan berita, mencetak amnya  memuat turun berita serta memuat  iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan