Khamis, 30 Jun 2022

PANTAU LANGGAR SOP 

Oleh. Basron Kirwan 

Sabah. Melanggar SOP ditempat awam dan sesak perlu dipantau lebih ketat oleh pihak berkuasa kerajaan negeri ini supaya golongan terlibat dapat diambil tindakan.

Selain dari itu, sikap pemandu bus mini yang sengaja membiarkan bersesak penumpang dengan menggantung pelitup muka mereka dibawah dagu dengan sengaja juga perlu didenda mahupun digantung lesen memandu mereka. 

Antara luahan rasa kesal penumpang yang sering kali berhadapan penumpang tidak menggunakan pelitup muka walaupun kes covid 19 masih terus menyerang seluruh  dunia tegas mereka.

Dalam penyeraman kru Media Terkini, beberapa pemandu Bus Mini Kota Kinabalu terus membiarkan penumpang tidak memakai pelitup muka semasa berada didalam bus mereka, malah ada juga pemandu Bus  Mini sendiri tidak memakai pelitup muka walaupun penumpang didalam Bus Mini mereka penuh antara 12 atau 13 orang penumpang. 

Kegiatan ini terbongkar berikutan aduan penumpang kepada kru Media Terkini bersama beberapa ahli bekas bekas Tentera Sabah yang berusaha melakukan pemantauan dan mengesan penumpang dan pemandu melakukan kegiatan tersebut. 





Nota. Dilarang membuat ulasan berita, mencetak amnya memuat turun berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan  Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang 

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan