Sabtu, 4 Jun 2022

SAMPAI BILA DUNIA DEPANI COVID 19 

Oleh. Huzera Ben

Moscow. Mampukah dunia menghentikan virus covid 19 dari terus membunuh diserata negara setiap hari atau ianya berkekalan selagi ubat pemusnah virus belum dicipta?, ini lah yang menjadi perbualan panas masyarakat seluruh negara negara maju sehingga hari ini berikutan saban hari ada sahaja korban oleh virus tersebut disetiap negara maju walaupun lambakan pakar setiap negara maju ada tidak terhitung.

Bagi negara seperti Macau, Kota Vatican, Sint Maarten dan Curacao terus mempertahankan 0 kematian serangan virus covid 19 sejak ianya merebak pada tahun 2020, tidak ada seorangpun tahu bagaimana pihak berkuasa setempat boleh menyelamatkan setiap rakyatnya yang dijangkiti virus covid 19 selama dua tahun ini namun itu lah kebolehan negara tersebut.

Hari ini dunia mencatatkan kematian serangan virus covid 19 mencecah angka 6,362,427 orang sejak tahun 2020 sehingga hari ini, jumlah jangkitan dalam tempoh yang sama berjumlah 533,550,416 orang manakala jumlah masih dalam rawatan seluruh dunia hari ini berjumlah 28,483,553 orang.

Amerika Syarikat terus merekodkan kematian serangan virus covid 19 sejak  tahun 2020 hingga hari ini berjumlah 1,032,863 orang, disusuli negara Brazil juga tempih yang sama berjumlah 666,978 orang manakala negara India dalam tempoh yang sama berjumlah 524,651 orang. 

Sepanjang tempoh tahun 2020 sehingga hari ini semua negara yang disebutkan berikut merupakan memiliki kematian tertinggi serangan virus covid 19, ia termasuklah Rusia 379,363 orang, Mexico juga 324,966 orang serta Peru berjumlah 213,227 orang dan negara United Kingdom berjumlah 178,74 orang.

Turut mencatatkan kematian tertinggi serangan virus covid 19 sejak tahun 2020 sehingga hari ini ialah, negara Itali berjumlah 166,835 orang, negara Sepanyol ialah berjumlah 159,605 orang, negara Indonesia berjumlah 156,604 orang, negara Perancis 148,426 orang, negara Iran berjumlah 141,321 orang, negara Colombia berjumlah 139,854 orang dan negara Jerman berjumlah 139,686 orang.

Sejak tahun 2020 sehingga hari ini virus covid 19 menyerang dunia negara Argentia mencatatkan kematian keseluruhan  berjumlah 128,889 orang, negara Poland juga merekodkan kematian berjumlah 116,338  orang, negara Ukraine berjumlah 108,538 orang dan Afrika Selatan berjumlah 101,250 orang. 

Apapun kes yang melonjak naik covid 19 seluruh dunia masyarakat perlu menjarakan diri diantara satu sama lain disamping memakai pelitup muka setiap masa berada dikhalayak ramai.






Nota. Dilarang membuat ulasan berita, mencetak memuat turun berita, memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan