Selasa, 28 Jun 2022

Berita Ringkas 

Oleh. Gifkir Aming 

CERITA MAHU CALON RAMAI 

Tawau. Ramai cerita mahu terjun calon pru ke 15 dalam negeri Sabah terutama pantai timur masa kini dikedai kedai kupi akibat dimainkan kumpulan broker cari makan sampai tak kenal  siapa didepan mereka tiap masa.

Terbaru kumpulan broker memainkan golongan sasar pemain politik mahu calon namun tersilap langkah berikutan lokasi pertemuan dihidu golongan paparazi sehingga broker cari makan terkedu dengan kehadiran kru  media didepan mata mereka.

Pemacu ahli parti politik  yang berkira kira terjerat dengan broker tidak bertauliah juga terkedu bila paparazi media berada dihadapan mereka namun broker berkenaan mula berdolak dalik percakapan berikutan pemacu politik yang cuba dijerat tidak langsung berpengaruh malah menjadi calon juga dibawah paras 100 undi bagi kerusi Dewan Undangan Negeri.

Kerja broker yang tidak bertauliah sudah mula bergerak mencari mangsa untuk dicalonkan parti parti kecil walaupun golongan dijadikan sasaran langsung dikesan tidak menang namun isu yang dikehendaki adalah imbuhan jika golongan terlibat berjaya dicalonkan.

Dengan pendedahan ini hati hati pemacu politik kecil agar tidak terjebak dengan broker tidak bertauliah memperjudikan mereka menjadi calon tanpa beroleh kepastian menang malah mungkin golongan terlibat akan kehilangan wang cagaran selepas proses pilihan raya kelak.









Nota. Dilarang membuat ulasan berita, mencetak amnya memuat turun berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang 



 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan