Ahad, 26 Jun 2022

KRISIS RUSIA DAN UKRAINE PERLU GENCATAN SENJATA 

Oleh. Helary Sukiono 

Indonesia. Kesungguhan Joko Widodo Presiden Indonesia   mengajak rakan sejawatan nya di Rusia dan Ukraine berdamai dengan melaksanakan gencatan senjata merupakan daya usaha melindungi rakyat kedua dua negara dari tersepit dalam kancah peperangan.

Bapa Presiden negara Indonesia dapat menyelami betapa derita rakyat kedua dua negara terlibat dalam kancah peperangan sehingga mencadangkan perdamaian dengan gencatan senjata bagi kedua dua negara tersebut. 

Dengan kesungguhan Presiden Indonesia mahukan perdamaian kedua dua negara Rusia dan Ukraine seluruh pemimpin tertinggi negara negara di dunia perlu sama sama berusaha mendamaikan peperangan kedua dua negara tersebut secepat mungkin.

Campurtangan negara negara berkuasa besar seluruh dunia penuh kesungguhan boleh menyelamatkan seluruh jiwa raga rakyat kedua dua negara disamping memulihkan ekonomi negara negara membangun yang terlibat krisis peperangan negara terbabit.  

Hanya campur tangan negara negara berkuasa diseluruh dunia sahaja yang mampu mendamaikan peperangan Rusia Ukraine  masa kini demi menyelamatkan nyawa rakyat mereka, selain dari itu krisis ekonomi negara negara membangun turut terjejas teruk sejak peperangan kedua dua negara terlibat tanpa ada sebarang petanda mahu berdamai sehingga hari ini.






Nota. Dilarang membuat ulasan berita, mencetak amnya memuat turun berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang 


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan