Oleh. Jaitos Dumiri
Sabah. Langkah kanan jentera UMNO BN diperingkat akar umbi perlu dipergandakan jika mahu menawan sebanyak mungkin kerusi Parlimen dalam negeri ini pada pru ke 15 dijangka tidak lama lagi.
Umno BN tidak boleh duduk senang tanpa memperkasa kerja diakar umbi berikutan cabaran pru ke 15 di Sabah bukan muda malah terlalu ramai dilaporkan musuh dalam selimut sejak kebelakangan ini khususnya golongan bawahan yang bersama sama dengan rakyat jelata.
Umno BN dinegeri Sabah bukan muda memiliki sokongan penuh rakyat jelata jika akar umbi mereka tidak sungguh sungguh berkerja memberi penjelasan jitu terhadap rakyat negeri ini dengan menangkis senua dakwaan parti lawan menjatuhkan Umno BN Sabah tegas aktivis politik veteran dekat sini.
Untuk rekod, jika PPBM, STAR, KDM, PAS, SAPP, USNO meneruskan maufakat dalam GRS pertembungan berlaku dengan Pakatan Harapan, Warisan, PBS serta BN UMNO pada pru ke 15 dijangka tidak lama lagi.
BERSATU, PAKATAN HARAPAN dan UMNO merupakan parti dari Semenanjung Malaysia yang kini bercawangan di Sabah, namun kelebihan UMNO Sabah masa kini adalah memiliki sijil outonomi politik Sabahan dari pusat sebagai mengimbangi kuasa politik tempatan berbanding parti PPBN, PKR, DAP dan AMANAH tegas aktivis politik veteran hari ini.
Jika UMNO Sabah menggerak unit gempur mereka keakar umbi bermula dari sekarang bukan mustahil mereka mampu memperolehi sokongan penuh segenap lapisan pengundi pada pru ke 15 kelak.
Nota. Dilarang membuat ulasan berita, mencetak amnya memuat turun berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan