Ahad, 19 Jun 2022

MENGAPA INI BERLAKU 

Oleh. Joupis Anak Lagau 

Menyingkap paparan pengemis seluruh kawasan bandaraya Kota Kinabalu sehingga ke Inanam yang dilaporkan aktivis masyarakat tempatan mengapa ia terus berlaku didepan mata setiap hari?, mungkin kah terlepas pandang atau ada kuasa tangan ghaib yang campur tangan menutup penglihatan pihak berkuasa tempatan 
setiap kali pengemis ini diburu tidak juga dapat dihentikan.

Pengemis yang dikuasai wanita dan kanak kanak kecil semakin bertambah setiap hari sehingga memenuhi lorong lorong pejalan kami depan bangunan kedai bertingkat tanpa takut dengan orang ramai lalu lalang depan mereka. 

Sesuatu yang mencurigakan
golongan pengemis ini sukar bercakap bahasa Melayu malah hanya tahu minta duit makan, yang lain main signal suap tapak tangan ke mulut bagi meminta wang dari sesiapapun entah dari mana asal usul mereka soal aktivis masyarakat yang ditemui. 

Wakil Rakyat DUN dan Wakil Rakyat PARLIMEN  kawasan Kota Kinabalu perlu menjejaki keseluruhan pengemis yang tumbuh umpama cendawan selepas hujan teduh demi menjaga imej Kota Kinabalu dimata pelancong asing setiap masa ujar aktivis masyarakat yang ditemui. 










Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan mencetak amnya memuat turun berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan