VIRUS COVID 19 TIADA PENGHUJUNG
New York. Serangan virus covid 19 diseluruh dunia bagai tidak berpenghujung berikutan setiap hari ada sahaja peningkatan bukan sahaja jangkitan kes baharu malah kes kematian juga turut meningkat tiap hari disetiap negara seluruh dunia.
Dalam perkembangan terbaru penularan virus covid 19 telah merekodkan lebih tinggi kematian sehingga lebih 3.70 juta orang manakala kes jangkitan lebih tinggi melebihi 172.40 juta orang yang sewajarnya telah membuka mata semua masyarakat tanpa ada yang tercicir.
Amerika Syarikat mencatatkan kematian tertinggi lebih 610,990 orang manakala jumlah jangkitan melebihi 34.15 juta orang sehingga hari ini yang bermula penghujung tahun 2019.
Dinegara India juga merekodkan kematian serangan virus covid 19 melebihi 338,013 orang sementara jangkitan terus meningkat melebihi 28.44 juta orang.
Brazil terus merekodkan kematian serangan virus covid 19 lebih 467,706 orang dengan jumlah jangkitan kes melebihi 16.72 juta orang yang wajar menyedarkan warga masyarakat Asia.
Satu lagi negara Perancis merekodkan kematian serangan virus covid 19 melebihi 109,000 orang manakala jangkitan lebih 5.68 juta orang.
Covid 19 terus membunuh lebih 47,000 di Turki manakala jangkitan terus meningkat melebihi 5.26 juta orang, bagi negara Rusia jumlah kematian melebihi 122,000 orang dengan jangkitan keseluruhan melepasi 5.09 juta orang.
Sama sama jaga kendiri keluarga dimana juga berada serta patuhi semua SOP yang diberi oleh setiap pemerintah negara masing masing.
Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan. Editor
Tiada ulasan:
Catat Ulasan