Selasa, 8 Jun 2021


 Oleh. Jasly Dollah

Berita Ringkas 

RAMAI ORANG TERIMA VAKSINASI 

Sabah. Sejak kebelakangan ini ramai orang mendaftar bagi memperolehi suntikan vaksin memerangi rantaian covid 19 dipelusuk negeri ini, namun satu kaedah penting harus dibuat oleh kerajaan negeri bagi memberi kefahaman terhadap para pesakit kronik khususnya golongan yang menjalani pembedahan membuang beberapa organ yang dijangkiti penyakit sirius.

Para pesakit seumpama sangat memerlukan pengumuman terbuka oleh pihak kerajaan negeri agar teka teki dalam penerimaan atau sebaliknya vaksin tersebut dalam diri mereka.

Ramai warga asli Sabah yang pernah menjalani pembedahan bagi membuang beberapa jenis penyakit didalam tubuh  mereka sehingga ada yang melibatkan pembuangan organ dalaman risau tanpa pengumuman dari pihak kementerian kesihatan khususnya.

Dengan pendedahan ramai penerima vaksin dalam negeri Sabah masa kini penerangan yang jelas terperinci dan umum diperlukan agar semua orang asli pelbagai peringkat berkeyakinan mendaftar vaksin demi memutuskan rantaian covid 19 jelas Marino Ahmad pada masa suntikan vaksin kedua beliau hari ini.










Nota. Dilarang  membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan. Editor 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan