Isnin, 21 Jun 2021

Oleh. Gason Dumiri 

PRU KE 15 MASA TERDEKAT? 

Johor. Pemimpin PPBM membayangkan pilihan raya parlimen ke 15 boleh berlaku dalam masa terdekat jika kerajaan berasa persiapan cukup lengkap disamping berlaku penurunan mendadak covid 19 diseluruh negara.

Pemimpin PPBM Johor juga dilaporkan telah diarah bagi memperkemas setiap jentera diperingkat bahagian bagi persediaan jika berkemungkinan pilihan raya parlimen dalam masa terdekat.

Antara berita dibeberapa akbar tempatan yang diumum oleh Datuk Osman Sapian Bekas Menteri Besar Johor merangkap AJK PPBM Johor yang memetik pandangan Tan Sri Muhyiddin Haji Mohd. Yassin dalam mesyuarat alam maya perti tersebut dekat sini baru baru ini.

Jika pandangan ini menjadi kenyataan adakah semua negeri telah bersedia bersama rakyat menghadapi situasi pilihan raya semasa berhadapan dengan virus covif 19 yang mengancam seluruh dunia masa kini.m





Nota. Dilarang membuat ulasan  berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan. Editor
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan