Khamis, 17 Jun 2021


 MAMPUKAH SIDANG PARLIMEN MASA PROKLAMASI DARURAT ?

Oleh. Basron Kirwan 

Semua ahli ahli parlimen terus menunggu bila sidang parlimen berlangsung sebaik diputuskan Majlis Raja Raja perlu diadakan segera bagi membahaskan apa yang berlaku dalam negara pada masa kini.

Jika diperkenankan sidang parlimen sebelum tamat tempoh proklamasi darurat 1 Ogos 2021 adakah ahli parlimen menyikong kerajaan masa kini mampu mempertahankan suara majoriti dalam dewan atau sebaliknya.

Perkara ini disuarakan oleh kumpulan pemerhati politik sebaik sahaja Raja Raja Melayu sepakat mahu parlimen bersidang secepat mungkin bagi membahas kemelut yang berlaku dalam negara masa kini.

Bagaimana perbahasan diparlimen jika lebih ramai ahli parlimen menyokong terhadap perjuangan para pemimpin parti pembangkang tentu sekali bakal menggusarkan ahli parlimen dipihak parti memerintah jelas pemerhati politik tempatan.

Dalam situasi mendepani persidangan parlimen akan datang para pemerhati politik tempatan menggesa kerajaan masa kini fokus menghulur bantuan terhadap masyarakat luar bandar tanpa memilih golongan tertentu sebagai membuktikan mereka benar benar prihatin keseluruhan rakyat yang semuanya terkesan pandemik covid 19 ujar mereka.

Para pemerhati politik dalam negara yakin dalam masa sebulan dua ini kerajaan pusat dan setiap negeri mampu melaksanakan bantuan sama rata semua rakyat miskin walaupun belum berdaftar E.KASIH seperti yang diwar warkan beberapa ketajaan negeri ditunaikan  demi mempertahankan suara kerajaan dalam sidang parlimen akan datang.








Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuatkan iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan. Editor

Tiada ulasan:

Catat Ulasan