Sabtu, 12 Jun 2021


 Oleh. Jasly Dollah 

MENGAPA WARGA ASING KIAN KEBAL?  

Sabah. Orang asal negeri ini minta kerajaan pusat turun padang melihat sendiri kumpulan warga asing yang bebas berkeliaran disamping menguasai penjualan rokok seludup, wahuii dan nombor ekor gelap sejak beberapa tahin  yang lepas.

Warga asing dalam negeri ini juga dilaporkan kebal tanpa takut menjadi penjual rokok seludup setiap hari disamping menjadi keldai penjual nombor ekor gelap dan wahuii yang dikuasai golongan wanita muda dan separuh umur dengan dijaga lelaki samseng setiap hari.

Menurut orang asli Sabah, anehnya orang asing ini ialah semua yang kerja berisiko mereka lebih suka memilih tanpa takut dengan pelbagai undang undang yang sentiasa menanti mereka.

Selain dari menjual rokok seludup yang dilarang kerajaan Malaysia termasuklah penjualan nombor ekor gelap, warga asing dalam negeri ini juga menguasai kerja peminta sedekah serta wanita mereka yang bertudung sekalipun sanggup berkerja di Restoran bukan Islam dengan bergantungan daging khinzir masak bakar untuk dihidangkan pada pelanggan bukan beragama Islam ujar orang ramai.

Sehubungan dengan pendedahan ini pihak berkuasa kerajaan perlu membantu rakyat orang asli dalam negeri ini bagi menjejaki warga asing yang melakukan kerja melanggar undang undang negara serta mencemar nama baik ugama Islam ujar mereka.








Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuatkan iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan. Editor 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan