Ahad, 27 Jun 2021

RAKYAT PERLU BANTUAN PENUH MASA PKP 

Borneo. Penduduk kampung luar bandar antara Sarawak dan Sabah meminta Tan Sri Mohyiddin  Haji Mohd. Yassin Perdana Menteri Malaysia memperuntuk kewangan mencukupi setiap ketua keluarga yang terkesan sepanjang PKP 3.0 sehingga pertengahan bulan julai 2021.

Luahan ini disampaikan warga kedua dua negeri tersebut bagi mengelak kejadian sepanjang 4 minggu PKP 3.0 lalu hanya 5 kg beras diagih dalam setiap ketua keluarga dengan 1 try telur bagi makanan satu keluarga sebulan ujar mereka.

Warga yang sekadar menerima bantuan makanan 5 kg beras, 1 try telur 1 bungkus mee kuning dan 3 tin sadin bertanya adakah cukup untuk makanan sebulan bungkusan makanan seumpama tanpa sedikit kewangan tambahan setiap keluarga dalam sepanjang PKP 3.0 berlanjutan sampai hari ini ujar mereka.

Dalam rungutan rakyat seumpama kerajaan Malaysia perlu mengimbangi dan menambah bantuan rakyat orang luar bandar bungkusan makanan serta wang ringgit sehingga pertengahan bulan Julai 2021 akan datang.








Nota. Dilarang membuat ulasan berita serta memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan. Editor
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan