Oleh. Gifkir Aming
PANAS KEUTAMAAN UNTUK RAKYAT
Ringkasan awal topik perbincangan awal Majlis Raja Raja Melayu Malaysia bersetuju mengadakan satu sidang parlimen dan sidang dun diperingkat negeri masing masing secepat mungkin seperti negara negara luar demi membincangkan peruntukan bantuan terhadap rakyat terkesan pandemik covid 19.
Dalam situasi masa kini pemimpin parti politik perlu mengenepikan kepentingan politik mereka secara peribadi melainkan menumpu perhatian keatas mencari kaedah benar benar memberi bantuan menyeluruh keatas rakyat jelata yang derita akibat menghadapi serangan virus covid 19.
Semua perkembangan yang diputuskan dalam Mesyuarat Majlis Raja Raja Melayu hari ini lebih kepada menumpukan perhatian dan pembelaan terhadap seluruh rakyat diseluruh negara tanpa mengira bangsa dan agana agar semua yang terkesan mampu dibantu sebaik mungkin.
Keputusan mengadakan Sidang Parlimen dan Sidang Dun secepat mungkin sevaik Majlis Raja Raja bermesyuarat hari ini melegakan seluruh rakyat yang terkesan pandemik covid 19 tanpa memperolehi bantuan akibat tidak disenaraikan dalam E. Kasih walaupun telah memohon berulangkali ujar mereka yang ditemui.
Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan menuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran. Editor
Tiada ulasan:
Catat Ulasan