Ahad, 27 Jun 2021

RAKYAT MISKIN SOKONG SUARA PEMIMPIN 


 Oleh. Williem Anak Lagau 

Sarawak. Penduduk berstatus miskin menyokong kenyataan dua pemimpin tertinggi UMNO  dalam menyuarakan keperluan kerajaan masa kini menghulur bantuan segera pada rakyat yang terkesan sudah sebulan PKP 3.0 berjalan diseluruh negara hari ini.

Kepentingan menghantar bantuan rakyat segera bukan sahaja makanan malah wang ringgit pada rakyat yang terkesan kesukaran mencari wang sepanjang PKP 3.0 khususnya penduduk luar bandar yang kehilangan mata pencarian harian termasuk pekerja swasta yang dihentikan pergerakan mereka.

Datuk Sri Dr. Ahmad Zahid Hamidi Presiden UMNO dan Pengurusi BN berpendapat perlunya kerajaan PN mempercepatkan penyampaian bantuan pada rakyat secukupnya sampai covid 19 landai dan longgar untuk rakyat keluar bebas cari makan katanya.

Suara Presiden UMNO tersebut mendapat sokongan penuh warga miskin diseluruh negara termasuk Sarawak dan Sabah yang terlalu mengharap bantuan dipercepatkan tanpa menunggu Parlinen Bersidang ujar rakyat pada kru Media Terkini.

Sementara itu Datuk Seri Mohammad Hassan Timbalan Presiden UMNO menegur cadangan membenarkan  operasi Kredit Komuniti (KK) dan Pemberi Pinjaman Wang (PPW) sepanjang PKP 3.0 seolah olah menggalak rakyat miskin berhutang akibat desekan kesempitan hidup ujar beliau kesal.

Dengan teguran kedua dua pemimpin tersebut rakyat miskin terkesan PKP 3.0 mengharap kerajaan pimpinan Perdana Menteri PN serta setiap kerajaan negeri sama sama berusaha mempercepatkan bantuan menyeluruh tanpa memilih nama dalam E. Kasih sahaja menandangkan semua orang terkesan dengan PKP 3.0 tanpa memilih golongan E. Kasih sahaja yang memerlukan bantuan keperitan hidup sepanjang PKP 3.0 tegas rakyat yang ditemui.







Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan menuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan. Editor 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan