Ahad, 20 Jun 2021


Oleh. Norzaitie Kirwan 

RAMAI ANAK DERHAKA ?

Menyingkap hari bapa hari ini terdapat anak anak dan cucu cicit yang tidak mengakui kesilapan mereka semasa bapa mereka meniti kehidupan disaat akhir, malah ada juga anak cucu dan cicit yang terus angkuh dan sombong tidak mengaku segala kesalahan mereka sampai kehari ini walaupun dipanjangkan usia bagi melakukan taubat bersungguh namun terus diabaikan. 

Mungkin ramai yang mempunyai sejarah kisah benar anak cucu derhaka dengan bapa atau ibu kandung mereka semasa hayat dikandung badan namun tidak afa saluran untuk meluahkan demi pengajaran masyarakat masa kini terutama golongan mereka yang beragama.

Pelbagai kiriman kisah benar diterima kru media sempena hari bapa hari ini namun yang menyentuh perasaan adalah bapa meninggal penuh sumpahan anak dan cucu perempuan tanpa sempat memohon maaf sehingga keliang lahad jelas pengirim kisah menyanyat hati ini.

Tidak cukup derhaka menyumpah bapa sampai kemati ibu kandung pula dimaki hamun tanpa perikemanusiaan sehingga disumpah bogel ibu kandung juga tidak sempat memohon maaf sampai ibu kandung meninggal dunia pedih menusuk jiwa bagi masyarakat yang waras akidah pegangan hidup.

Apapun masyarakat hari ini perlu berwaspada dengan situasi bapa dan ibu  setiap hari dalam mendepani mereka berikutan kedua orang tua mampu memahami naluri anak cucu namun anak cucu jarang memberi ruang pada orang tua.






Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan. Editor 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan