Jumaat, 25 Jun 2021

MAMPUKAH GRS TAWAN DUN MELALAP? Oleh. Williem Anak Lagau 

Tenom. Mampukah Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menawan kerusi DUN Melalap pada pilihan raya negeri akan datang? ini satu persoalan yang perlu dikaji seluruh para pemimpin parti politik yang bernaung dalam gabungan rakyat Sabah sebelum tiba pilihan raya negeri Sabah pada masa akan datang.

Sebelum pilihan raya negeri Sabah ke 16 yang baru lalu ramai ahli ahli parti dalam gabungan GRS masa kini yang ditemui mengaku siapa juga calon GRS masa tersebut pasti menang dengan kekuatan maufakat mereka.

Ramalan ahli ahli parti dalam GRS yang ditemui masa tersebut gagal menyerlah maufakat mereka berikutan calon Warisan Datuk Peter Anthony menang dipilih rakyat jelata Melalap dan kekal wakil rakyat pembangkang hingga masa kini tanpa goyah.

Sehingga hari ini kru media terkini yang menghubungi beberapa ahli parti politik dalam GRS masa lalu yang kini telah mendapat jawatan dalam kerajaan PN Sabah masa kini terus menabur kata mahu menawan kerusi DUN tersebut pada prn negeri ke 17 akan datang.

Persoalan nya dalam keghairahan ahli ahli yang sama sebagai nadi penggerak politik Dun Melalap tidak banyak perubahan adakah mereka sudah lebih mendampingi seluruh rakyat pengundi Dun Melalap masa kini sebaik mereka mendapat jawatan bergaji setiap vulan berbanding prn lalu mereka tidak memiliki sebarang jawatan langsung ujar warga Melalap yang ditemui.








Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan. Editor 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan