Jumaat, 18 Jun 2021


 Oleh. Helary Sukiono 

AKIBAT RAYA AIDILFITRI PESAKIT MENINGKAT 

Jakarta. Kerajaan Indonesia terpaksa mendepani peningkatan kematian serangan virus covid 19 sehingga hari ini melebihi 57,753 orang sejak lebih setahun yang lepas, peningkatan mendadak jangkitan 12,624 dalam masa sehari menjadikan semua kes jangkitan sehingga hari ini melebihi 1.950,276 orang cukup menguji ketabahan kerajaan khususnya petugas barisan hadapan negara ini. 


Peningkatan mendadak serangan virus covid 19 dinegara ini berpunca dengan ramai balik kampung sepanjang sambutan Idulfitri yang lepas tanpa mematuhi SOP yang ditetapkan pihak pemerintah.

Selain dari itu masyarakat tempatan juga ramai yang enggan mematuhi pemakaian pelitup muka dengan sempurna melainkan gantung didagu serta tidak langsung mematuhi penjarakan satu meter.

Sehingga kehari ini terlalu sukar meramakan penurunan kes virus covid 19 diseluruh negara ini jika penguatkuasaan undang undang diperketatkan dari masa kesemasa ujar penduduk yang ditemui.









Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuatkan iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan. Editor 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan