Oleh. Tedung Selar
PEMIMPIN PEMBANGKANG SANTUNI RAKYAT
Sempanggar. Barisan kepimpinan pemuda parti pembangkang aktif mendekati rakyat kawasan KDMR bagi menghulur bantuan pelbagai makanan termasuklah daging basah dikawasan luar bandar hampir setiap minggu.
Gerakan pemimpin pemuda dikalangan parti pembangkang parlimen Sepanggar tidak pernah bosan bagi membantu orang kampung sepanjang pandemik covid 19 tahun ini apa tak lagi dalam PKP 3.0 masa kini jelas masyarakat Menggatal darat baru baru ini.
Majoriti pemimpin pemuda parti pembangkang parlimen Sepanggar lawati bagi menghantar bantuan makanan dan daging mentah basah adalah dikawasan kampung kampung Dusun, Kadazan, Rungus dan Sino Kadazan sebagai meringankan bebanan hidup dalam PKP 3.0 ujar penduduk yang menerima sumbangan terlibat.
Sehingga berita ini ditulis belum ada pendedahan rakyat setempat diterima hasil sumbangan derma dikalangan pemimpin parti politik mewakili kerajaan negeri Sabah dikawasan Parlimen Sepanggar walaupun sudah 2 kali PKP 3.0 disambung sehingga 28 Jun 2021 jelas warga kampung yang ditemui.
Nota. Dilarang membuat ulasan berita atau memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan. Editor
Tiada ulasan:
Catat Ulasan