Rabu, 23 Jun 2021


 Berita Ringkas 

Oleh. Gason Dumiri 

RAKYAT SAHUT PEVAKSINAN

Sabah. Sejak beberapa minggu lepas ramai rakyat dalam negeri ini berusaha mendapat suntikan vaksin demi memutuskan rantaian covid 19 yang telah membunuh ramai orang tanpa  ada sebarang ubat khusus pembasminya sehingga kehari ini.

Antara luahan Juanis Gatak dari Tuaran semasa mengambil dos pertama di Dewan Masyarakat dekat sini beberapa hari lepas, malah beliau yakin setiap masyarakat yang mengambil vaksin sentiasa selamat dan sihat tanpa sebarang masaalah seperti yang disebarkan golongan tidak bertanggongjawab jelas beluau.

Kru media terkini yang membuat tinjauan suara orang ramai dimaklumkan semua pengambilan vaksin seharusnya mendapat nasihat doktor pakar terlebih dahulu khususnya pengidap penyakit kronik atau golongan pesakit yang menjalani pembedahan pembuangan organ dalaman tubuh mereka agar terhindar dari sebarang risiko ujar mereka.

Dengan pendedahan ini pihak kementerian kesihatan Malaysia harus perjelas umum isu pesakit kronik dan golongan pesakit yang menjalani pembedahan pembuangan organ demi rujukan semua rakyat seluruh negara jelas orang ramai.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan. Editor 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan