Ahad, 20 Jun 2021


 Oleh. Huzera Ben 

COVID TERUS MEMBUUH 

New York. Kealpaan manusia masa kini terus memberi ruang virus covid 19 terus merebak dan membunuh sesiapa juga mangsa yang dijangkiti tanpa mengira usia terutama golongan yang mengalami penyakit kronik serta warga emas. 

Antara kealpaan manusia yang sering dilihat pada setiap negara masa kini ialah gagal mengamalkan penjarakan diri seperti yang ditetapkan serta tidak memakai pelitup muka (Mask) dengan sempurna menutup hidung dan mulut.

Dunia hari ini merekodkan kematian serangan virus covid 19 melebihi 3.87 juta orang sementara jangkitan kes telah melebihi 178.93 juta orang walaupun vaksin beberapa jenama telah ditempah setiap negara yang diserang penyakit tersebut.

Amerika Syarikat mencatatkan kematian lebih 617,083 orang sejak virus covid 19 menyerang dunia lebih setahun yang lalu manakala jangkitan terus meningkat lebih 34.40 juta orang.

Bagi negara India mencatatkan kes kematian sepanjang virus covid 19 menyerang lebih 386,740 orang sementara jangkitan pula melebihi 29.88 juta orang.

Negara Brazil merekodkan kematian serangan virus covid 19 sehingga hari ini lebih 500,868 orang manakala jangkitan terus meningkat lebih dari 17.88 juta orang.

Perancis terus mencatatkan kematian serangan virus covid 19 lebih setahun lalu sehingga kehari ini lebih 110,724 orang sementara kes jangkitan terus meningkat lebih 5.75 juta orang.

Turki hari ini terus mencatatkan kematian serangan virus covid 19 melebihi 49,122 orang manakala jangkitan telah melebihi 5.36 juta orang sehingga masa kini.

Benar lah virus covid 19 tidak akan tunduk dengan pelbagai vaksin selagi masyarakat alpa tidak menjarak diri diantara satu sama lain apa tak lagi jika pelitup muka (Mask) digantung bawah dagu masing masing membuka hidung dan mulut sebagai ruang virus penyakit tersebut merebak dengan pantasnya.

Rusia juga merekodkan kematian serangan virus covid 19 melebihi 128,911 orang sementara kes jangkitan lebih dari 5.29 juta orang sepanjang lebih setahun yang lalu.






Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan. Editor

Tiada ulasan:

Catat Ulasan