Jumaat, 11 Jun 2021


 Oleh. Williem Anak Lagau SEJAUH MANA LANJUTAN PKP BERKESAN ? 

Perlanjutan PKP 3.0 yang dilanjutkan dari 15 Jun hingga 28 Jun 2021 terus menjadi tanda tanya keberkesanan nya jika kebebasan dilapangan tidak dikawal ketat khususnya sekitar pekan pekan kecil mahupun lokasi tumpuan warga asing setiap hari. 

Dalam usaha kerajaan memutuskan rantaian covid 19 kawalan ketat dilapangan perlu diperketatkan bagi memastikan hanya orang orang yang berkerja mendapat kelulusan sahaja yang bebas keluar berkerja setiap hari.

Ini didedahkan oleh Gilbert Kamagid sebagai mengulas perlanjutan PKP 3.0 sehingga 28 Jun 2021 sedangkan sepanjang PKP 3.0 pada 3 Jun sehingga 14 Jun 2021 kebebasan warga asing seluruh negara tidak dipantau habis habisan ujar beliau. 

Menurut Gerbert Kamagid rakyat Malaysia sentiasa mematuhi segala pematuhan larangan keluar rumah tanpa sebarang urusan setiap hari.

Sebaliknya warga asing banyak yang berkeliaran diseluruh pekan dalam negara namun ianya seolah olah terlepas pandang pihak pemantau setiap hari melibatkan penjual rokok seludup lorong jalanan serta penjual judi tidak berlesen yang membanjiri bandar dan pekan ujar beliau.

Sebagai langkah susulan PKP 3.0 haruslah memperkasa kawalan ketat dan rondaan Polis Tentera diseluruh pekan dan bandar agar warga asing tidak lagi tunjuk taring bebas jual rokok seludup, Wahui dan nombor ekor gelap yang didalangi warga asing dibeberapa negeri katanya.























Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan. Editor 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan