Rabu, 9 Jun 2021


 Oleh. Basron Kirwan 

KETUA KETUA PARTI POLITIK KE ISTANA NEGARA? 

Kuala Lumpur. Ketua Ketua Parti Politik hari ini mula mengadap Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong Di Istana Negara.

Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Haji Muhyiddin Haji Mohd. Yassin mendahului memasuki Istana Negara lebih kurang jam 7.58 minit pagi.

Datuk Seri Dr. Anwar Ibrahim Presiden PKR kelihatan memasuki pintu Istana Negara Jam 10.36 minit pagi hari ini sebaik Perdana Menteri keluar dari Istana hampir Jam 9.00 pagi tadi.

Sebaik Presiden PKR keluar Istana jam 11.45 pagi hari ini turut kelihatan memasuki pintu masuk Istana pada jam 1.45 ialah  Setiausaha Parti DAP  YB. Lim Guan Eng bersama MP Bukit Mertajam YB. Steven Sim.

Keliihatan yang menasuki Istana Negara selepas pemimpin DAP keluar lebih kurang jam 2.25 petang Presiden Amaah Mohammad Sabu lebih kurang jam 3.00 petang tadi.

Apapun perkembangan politik semasa hanya Ketua Ketua Parti Politik yang mengadap ke Istana Negara hari ini yang mengetahuinya sama ada diadakan pilihan raya atau meneruskan Persidangan Parlimen demi kestabilan  parti politik yang bukan saja mendepani isu Covid 19 malah turut diasak para pemimpin parti lawan sehingga kehari ini tanpa melihat bagaimana rakyat yang terkesan dengan serangan pandemik covid 19.










Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan. Editor 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan