PENGGUNAAN WAJAR DEMI MEMBUKA MATA
Oleh. Jasly Dollah
Isu BANDERA PUTIH yang menggemparkan seluruh negara beberapa hari lalu mendapat sokongan sebilangan rakyat berpendapatan rendah atau miskin dikawasan luar bandar demi menjelaskan hidup mereka terbiar sepanjang pandemik covid 19.
Sungguhpun bukan semua rakyat terabai namun ada dikalangan mereka dilaporkan menjadi sebatang kara tanpa dihiraukan oleh pemimpin bawahan tanpa sebab yang munasabah disamping jauh sedikit dari rumpun kampung akibat duduk tanah sendiri dalam kampung terlibat.
Kemunculan pengebar Bandera Putih mungkin tidak disukai pihak pemerintah berikutan terdedah kesusahan rakyat jelata mereka disamping membongkar kelemahan pemimpin diperingkat bawahan yang mengabaikan satu tanggongjawab mereka terhadap rakyat jagaan masing masing.
Bagi rakyat jelata yang ditemui sering terbiar dengan arus bantuan kerajaan termasuklah PPRT, BANTUAN PEMBINAAN JALAN RAYA, PEMBAIKAN PAIP AIR, BANTUAN MAKANAN sepanjang pandemik covid 19 sangat bersesuaian bandera putih ini dikibarkan agar pemimpin tertinggi kerajaan nampak betapa masih ramai rakyat jelata mereka terabai jelas mereka yang ditemui.
Sewajarnya bandera putih sesuai diamalkan sekitar perkampungan luar bandar dan perlu dijejaki kumpulan akbar berwibawa bagi menjelaskan kehidupan rakyat sebenar, ianya bukan sahaja seluruh Semananjung Malaysia malah wajar bagi negeri Sarawak dan Sabah yang terlalu luas kawasan setiap satu DUN mahupun PARLIMEN yang dilaporkan terlalu luas kedudukan nya.
Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan. Editor
Tiada ulasan:
Catat Ulasan