Oleh. Huzera Ben
SIAPA LAGI MANGSA COVID SELEPAS INI
New York. Penyakit covid 19 terus memburu mangsa seterusnya tanpa memilih bangsa dan agama terutama golongan yang lalai dalam mengawal pergerakan serta melanggar penjarakan sosial setiap masa.
Sesetengah di negara ini mendakwa vaksin yang ada pada masa kini tidak mampu menghalang penyakit covid 19 jika masyarakat gagal mematuhi pergaulan, penjarakan sosial, semua SOP dengan pembersihan diri yang lebih kerap setiap hari.
Duniahari ini digemparkan peningkatan kematian serangan virus covid 19 melebihi 3.78 juta orang manakala jangkitan semasa lebih 175.60 juta orang sejak lebih setahun yang lalu.
Amerika Syarikat terus merekodkan kematian serangan virus covid 19 dengan melebihi 613,920 orang sementara kes jangkitan meningkat lebih 34.27 juta orang.
Kerancakan pevaksinan diseluruh dunia merekodkan kematian serangan covid 19 di India melebihi 363,097 orang manakala jangkitan terus melebihi 29.27 juta orang.
Negara Perancis mencatatkan kematian serangan virus covid 19 melebihi 110,270 orang sementara jangkitan sehingga hari ini melebihi 5.72 juta orang.
Bagi negara Turki mencatatkan kematian serangan virus covid 19 melebihi 48,524 orang manakala jangkitan melebihi 5.31 juta orang.
Kebimbangan dunia berhubung serangan virus covid 19 tidak pernah berakhir berikutan Rusia merekodkan kematian lebih 125,278 orang sehingga kini manakala jangkitan terus meningkat lebih 5.16 juta orang sehingga kehari ini.
Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan perniagaan. Editor
Tiada ulasan:
Catat Ulasan